Kota purba Antioch, Turki bangkit semula pasca gempa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Ozan Kose/AFP)
ANTAKYA: Seorang paderi tua menulis amaran di dinding pondoknya yang retak: "Dua belas anak dilahirkan di sini! Jangan sentuh rumah ini."
Vahit Baklaci, 82 tahun, kembali setiap hari ke rumah tempat dia dilahirkan di tengah-tengah bandar purba Antakya, yang musnah akibat gempa bumi kuat 6 Februari yang menggegarkan selatan Turki dan Syria.
Sekurang-kurangnya 55,000 orang maut dalam tragedi tersebut.
Tegas paderi tua itu, bandar Antioch yang terletak tidak jauh dari Syria, bukan sekadar sebuah bandar purba.
Bandar purba terletak di wilayah selatan Hatay, Turki itu kaya seni bina bersejarah termasuk yang merakamkan sejarah Islam di Turki.
"Antakya telah wujud beribu-ribu tahun lamanya. Dua masjid yang wujud sejak bermulanya Islam bertapak di sini, kedua-duanya musnah. Di sana pula, dua gereja berusia 2,000 tahun dari zaman Jesus.. turut musnah. Itulah sebabnya kita perlu berhati-hati melindungi warisan tempat-tempat ini."
Sebelum bencana itu berlaku, Kementerian Kebudayaan Turki telah menyenaraikan 719 bangunan yang mempunyai kepentingan bersejarah.
Apabila penggali dikerahkan, mula-mulanya untuk mencari mayat dan kemudian membersihkan runtuhan, ia memasang notis untuk melindungi struktur yang masih berdiri: "Jangan sentuh tanpa kebenaran."
Kira-kira 80 peratus bangunan runtuh semasa bencana yang menggegarkan selatan negara itu yang turut melenyapkan kebanyakan seni bina bersejarah.
"Jika (bangunan) terlalu rosak, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi apabila kami boleh menyelamatkannya, kami akan turunkan batu satu demi satu," kata seorang wakil kementerian itu yang enggan namanya disiarkan.
Batu yang diselamatkan itu kemudian disenaraikan dan diberi nombor untuk kerja-kerja pemulihan pada masa hadapan.
Enam pasukan sepertinya melakukan pemeriksaan di bandar lama itu.
Ketika gempa melanda selatan Turki dan Syria pada Februari lalu, puluhan ribu bangunan ranap dalam sekelip mata.

Sumber : Agensi berita/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.