Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kota Hodeidah mula aman beberapa jam selepas genjatan senjata berkuat kuasa

Bandar Hodeidah di Yaman akhirnya mula aman pada Selasa (18 Dis) menyusuli pertempuran besar yang berlaku hanya beberapa minit selepas satu genjatan senjata dikuatkuasakan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Dec 2018 08:33PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:24AM

SANAA: Bandar Hodeidah di Yaman akhirnya mula aman pada Selasa (18 Dis) menyusuli pertempuran besar yang berlaku hanya beberapa minit selepas satu genjatan senjata dikuatkuasakan.

Seorang pegawai pemerintah Yaman berkata pertempuran berlaku di sana-sini di bahagian timur bandar pelabuhan wilayah itu selepas gencatan senjata berkuat kuasa mulai tengah malam tadi waktu tempatan atau 5.00 pagi Selasa (18 Dis) waktu Singapura.

"Keadaan benar-benar aman sejak 3.00 pagi waktu Yaman (8.00 pagi waktu Singapura) di kota Hodeidah," seorang sumber dari tentera pemerintah memberitahu AFP.

Para penduduk pula mengesahkan menerusi telefon bahawa pertempuran antara kedua-dua pihak berhenti selepas 3.00 pagi.

Pemerintah Yaman dan pihak pemberontak Houthi mencapai persetujuan bagi melaksanakan gencatan senjata di Hodeidah semasa rundingan damai di Sweden pada minggu lalu.

Persetujuan tersebut merupakan langkah pertama bagi merintis jalan untuk gencatan senjata di seluruh Yaman dan rangka kerja bagi rundingan politik untuk menamatkan perang.

Di bawah syarat-syarat gencatan senjata itu, pihak pemerhati antarabangsa akan dikerah ke bandar Hodeidah. Semua pasukan bersenjata pula perlu berundur dari bandar ini dalam masa 21 hari.

Bandar Hodeidah merupakan kubu kuat terakhir pihak pemberontak Houthi yang bersekutu dengan Iran. Pelabuhannya menjadi pintu masuk utama kiriman bantuan kemanusiaan dan makanan ke Yaman.

Perang di Yaman selama hampir empat tahun menyebabkan puluhan ribu orang terbunuh dan mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

PBB memberi amaran jika keadaan kemanusiaan di Yaman sekarang berterusan, 14 juta rakyatnya akan memerlukan bantuan makanan tahun depan iaitu enam juta lebih ramai daripada bilangannya tahun ini.

Sehingga 85,000 kanak-kanak Yaman pula dikhuatiri mati akbiat kebuluran.

Sumber : Agensi berita/AFP/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan