Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kos sara hidup meningkat disebabkan rasuah berleluasa, kata Dr Mahathir

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa.

Demikian respons mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya punca kos sara hidup di Malaysia masih meningkat saban tahun.

Menurutnya, apabila setiap urusan diselitkan elemen rasuah, ia menyebabkan harga barang menjadi semakin mahal, lapor Astro Awani.

"Perkara yang utama adalah rasuah. Kos naik kerana rasuah."

"Banyak benda-benda yang harganya murah tapi bila dicampur dengan rasuah, harganya meningkat, menyebabkan kos sara hidup meningkat."

"Ada juga perkara-perkara lain tapi rasuah di antara yang menyebabkan 'cost of living' tidak dapat diturunkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum Usahawan Bumiputera, “Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera Dan Cabaran Masa Hadapan” di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya pada Sabtu (11 Feb).

Ketika ditanya mengenai prestasi ekonomi Malaysia, Dr Mahathir menyatakan kerajaan sebenarnya masih belum selesaikan isu kos sara hidup membabitkan rakyat, menurut laporan Astro Awani.

"Masih belum diatasi pun, tiada rancangan macam mana nak kurangkan 'cost of living' selain dari kata kalau ayam mahal jangan makan ayam."

"Yang itu bukan penyelesaian," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu meramal Malaysia mampu mengharungi kelembapan ekonomi dunia tahun ini.

Menurutnya, beliau percaya Malaysia akan terselamat kerana ada barangan tempatan mendapat pasaran begitu tinggi di luar negara seperti industri sarung tangan dan komponen pembuatan.

"Pasaran eksport kita memang berjaya tetapi keadaan dalam negara iaitu kos sara hidup masih tinggi dan tidak menunjukkan tanda-tanda pulih."

"Secara dasarnya, golongan tertentu termasuk miskin masih tidak mendapat makanan mencukupi, tiada kerja dan tidak boleh menerima ekonomi kita tumbuh dengan pesat," katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan