Kos sara hidup antara isu utama pengaruhi cara rakyat Britain mengundi
Anggaran Waktu Membaca:
LUTON: Rakyat Britain akan keluar mengundi pada Khamis (4 Jul), dan salah satu isu utama yang bakal mempengaruhi cara mereka mengundi ialah krisis kos sara hidup.
Satu tinjauan YouGov pada Jun menunjukkan isu itu mengatasi keprihatinan lain termasuk kesihatan, ekonomi dan imigresen.
Pelbagai faktor telah memberi kesan kepada ekonomi Britain sejak pilihan raya umum 2019.
Antaranya pandemik COVID-19, dan keadaan ekonomi yang terus terjejas kerana meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), atau Brexit.
Penduduk telah menyaksikan kos melambung tinggi menyusuli lonjakan pada harga tenaga elektrik dan makanan, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Lonjakan harga itu menyebabkan inflasi meningkat ke paras tertinggi dalam 41 tahun, pada hujung 2022, sebanyak 11.1 peratus.

Sumber : AGENCIES/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.