Kos rawat dan bekalkan air di SG meningkat dengan ketara, dedah PUB
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kos merawat dan membekalkan air melambung tinggi, dengan perbelanjaan dipacu oleh kos tenaga dan binaan.
Demikian menurut agensi air negara PUB pada Jumaat (22 Sep).
Usaha untuk memastikan jaminan bekalan air menjadi "semakin mencabar" di merata dunia termasuk Singapura.
PUB menyatakan demikian semasa memberi perkembangan terkini mengenai projek Loji Pemulihgunaan Air Tuas.
Sepertiga daripada loji itu, yang merupakan komponen penting dalam tahap kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS), sudah siap dibina.
Cabaran-cabaran itu termasuk perubahan iklim yang telah meningkatkan kekerapan cuaca ekstrem, permintaan air yang dijangka bertambah hampir seganda menjelang 2065 dan faktor-faktor luaran seperti gangguan pada rantaian bekalan serta ketegangan geopolitik yang menyebabkan kenaikan kos.
"Tekanan kos luaran ini tidak unik bagi PUB," menurut agensi itu, sambil menekankan bahawa terdapat kenaikan pada kos tenaga, binaan, kimia dan penyenggaraan.
Misalnya, harga tenaga elektrik di Singapura sudah meningkat hampir 37 peratus sejak 2017 - dan sekitar 50 peratus pada kemuncaknya - disebabkan harga bahan api yang kian meningkat.
"Dengan permintaan bekalan air yang kian melonjak, PUB perlu memanfaatkan sumber bekalan yang banyak menggunakan tenaga seperti penyulingan dan NEWater, dan merawat lebih banyak air terpakai," menurut agensi itu.
Kos binaan secara keseluruhannya di Singapura meningkat 35 peratus sejak 2017.
Disebabkan kos binaan dan tenaga manusia yang lebih tinggi, kos membina fasa kedua DTSS naik hampir seganda kepada kira-kira S$6.5 bilion, berbanding kos fasa pertamanya yang menelan belanja sebanyak S$3.4 bilion apabila ia dibina sekitar dua dekad lalu, menurut PUB.
Selain itu, perbelanjaan operasi bagi kimia, yang merupakan bahan utama bagi proses merawat air, sudah meningkat sekitar 33 peratus sejak 2017. Kos penyenggaraan sistem air tersebut juga naik 18 peratus disebabkan oleh COVID-19 dan gangguan pada rantaian bekalan yang mendorong kenaikan kos bagi tenaga kerja dan bahagian bagi sistem air itu.

JIMAT TENAGA, RUANG DAN KOS
Bagi mempertingkatkan keberkesanan tenaga, Loji Pemulihgunaan Air Tuas akan menerapkan teknologi rawatan air agar loji tersebut mampu menghasilkan sendiri 80 peratus tenaga yang diperlukannya. Ini disifatkan sebagai satu "peningkatan besar" berbanding 25 peratus loji pemulihgunaan air di Ulu Pandan dan Jurong, menurut PUB.
Ia juga boleh meningkatkan penghasilan NEWater tanpa menggunakan lebih banyak tenaga.
Bagi mengimbangi kos binaan yang lebih tinggi, efluen yang dirawat akan dilepaskan terus ke laut. Dengan cara sedemikian, paip pelepasan yang panjang dan dalam tidak perlu dibina, yang akan menelan belanja sekurang-kurangnya S$650 juta, dedah PUB.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.