Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara uji peluru berpandu jarak jauh, sedang rundingan dengan AS terhenti

Korea Utara berjaya melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauh yang baru pada hujung minggu lalu, menurut media rasmi negara itu, KCNA yang melaporkan perkembangan itu pada Isnin (13 Sep), di tengah-tengah ketegangan dengan Amerika Syarikat berhubung pelucutan senjata nuklear negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara uji peluru berpandu jarak jauh, sedang rundingan dengan AS terhenti

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 13 Sep 2021 09:06AM Dikemas Kini : 13 Sep 2021 09:12AM

SEOUL: Korea Utara berjaya melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauh yang baru pada hujung minggu lalu, menurut media rasmi negara itu, KCNA yang melaporkan perkembangan itu pada Isnin (13 Sep), di tengah-tengah ketegangan dengan Amerika Syarikat berhubung pelucutan senjata nuklear negara tersebut.

Peluru berpandu itu boleh terbang sejauh 1,500km sebelum mencapai sasarannya dan gugur di perairan negara itu semasa ujian tersebut dilancarkan pada Sabtu dan Ahad, lapor KCNA.

Ia dilihat sebagai pelancaran peluru berpandu pertama Korea Utara setelah ia menguji peluru berpandu balistik jarak dekat pada Mac. Korea Utara juga menguji peluru berpandu krus selang beberapa jam setelah Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengambil alih jawatan pada lewat Januari.

Ujian terkini itu menunjukkan kemajuan yang mantap dalam program senjata Pyongyang di tengah-tengah jalan buntu dalam rundingan yang bertujuan untuk melucutkan program peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara sebagai imbalan untuk melonggarkan sekatan Amerika Syarikat. Perbincangan terhenti sejak 2019.



Peluru berpandu itu adalah senjata strategik yang dihasilkan oleh Korea Utara sejak dua tahun lalu dan merupakan satu elemen penting dalam pelan lima tahun negara tersebut yang digariskan pada Januari untuk memajukan sains pertahanan dan persenjataan, menurut KCNA.

Ujian tersebut menawarkan "kepentingan strategik untuk memiliki satu lagi cara yang berkesan untuk menjamin keselamatan negara kita dan menangkis sebarang tindakan tentera dari pasukan-pasukan musuh", lapor KCNA.

Korea Utara sejak sekian lama menuduh Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengamalkan "dasar bermusuhan" terhadap Pyongyang.

Pengumuman mengenai ujian itu dibuat sehari sebelum ketua perunding nuklear dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun dijadual bertemu di Tokyo untuk meneroka cara-cara bagi memecahkan kebuntuan dengan Korea Utara.

Menteri Luar China, Wang Yi, juga dijadual akan melakukan lawatan ke Seoul pada Selasa untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya, Chung Eui-yong.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan