Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara uji 'dron' serangan nuklear dasar laut yang baru

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara uji 'dron' serangan nuklear dasar laut yang baru

(Gambar: AP/Korean Central News Agency/Korea News Service)

Diterbitkan : 24 Mar 2023 03:17PM Dikemas Kini : 24 Mar 2023 03:18PM
SEOUL: Korea Utara menyatakan pada Jumaat (24 Mac) bahawa ia menguji dron serangan nuklear dasar laut yang mampu menyebabkan "tsunami radioaktif".

Ini ketika ia menyalahkan latihan tentera antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Selatan baru-baru ini kerana menggugat keselamatan serantau.

Pyongyang menjalankan latihan itu pada minggu ini sebagai tindak balas, kata pegawai Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), termasuk menguji sistem pelancaran nuklear di dasar laut.

Misi senjata itu adalah untuk "menyusup masuk secara senyap ke dalam kawasan perairan beroperasi dan mencetuskan tsunami radioaktif berskala besar ... bagi memusnahkan kumpulan tempur tentera laut serta pelabuhan beroperasi utama musuh," tambah laporan tersebut.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyaksikan sendiri ujian itu, lapor KCNA. Gambar-gambar yang diterbitkan akhbar Pyongyang, Rodong Sinmun, menunjukkan Encik Kim tersenyum dan apa yang kelihatan seperti letupan di dasar laut.

Agensi itu juga menyatakan Pyongyang melancarkan peluru berpandu terarah strategik yang "dipasang dengan kepala peledak ujian yang menyerupai kepala peledak nuklear" pada Rabu (22 Mac).

Namun, para penganalisis mempersoalkan kenyataan Korea Utara itu.

Hakikat bahawa Pyongyang mempunyai "dron" dasar laut dengan keupayaan nuklear harus diragui," kata Leif-Eric Easley, seorang profesor di Universiti Ewha, Seoul.

Dalam satu catatan Twitter, penganalisis berpangkalan di AS, Ankit Panda, berkata ia tidak boleh ditolak bahawa kemungkinan pengumuman itu adalah "satu percubaan untuk memperdaya atau operasi psikologi".

Kenyataan KCNA juga menyatakan "Pyongyang lebih dari sedia untuk menggunakan senjata nuklear taktikalnya pada bila-bila masa", kata An Chan-il, seorang pembelot yang kini menjadi penyelidik, memberitahu AFP.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan