Korea Utara ugut putuskan hubungan diplomatik dengan M'sia
Korea Utara menyatakan ia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia setelah sebuah mahkamah di Malaysia membuat keputusan untuk menyerahkan seorang lelaki warga Korea Utara kepada Amerika Syarikat untuk didakwa dengan tuduhan pengubahan wang haram.
(Gambar: Reuters)
SEOUL: Korea Utara menyatakan ia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia setelah sebuah mahkamah di Malaysia membuat keputusan untuk menyerahkan seorang lelaki warga Korea Utara kepada Amerika Syarikat untuk didakwa dengan tuduhan pengubahan wang haram, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar Korea Utara yang diumumkan menerusi laman berita tempatan KCNA pada Jumaat (19 Mac).
Pada 17 Mac, pihak berkuasa Malaysia "melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan... dengan secara paksa menyerahkan warga Korea Utara yang tidak bersalah kepada Amerika Syarikat," menurut kenyataan itu.
"Dengan ini, Kementerian Ehwal Luar Korea Utara mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia," menurut kenyataan itu sambil mengecam apa yang disifatkannya sebagai "tindakan bermusuhan" terhadap Pyongyang "dengan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat."
Korea Utara juga memberi amaran bahawa Washington "akan menanggung padahnya", lapor KCNA.
Kenyataan itu menyifatkan individu yang tidak didedahkan namanya sebagai seseorang yang terbabit dalam "kegiatan perdagangan luar negara yang sah di Singapura," sambil menegaskan bahawa ia adalah "satu muslihat... untuk mengaitkannya dengan "pengubahan wang haram."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.