Skip to main content

Dunia

Korea Utara tidak mahu Pompeo dilibatkan lagi dalam rundingan nuklear

Korea Utara pada Khamis (18 Apr) mendesak agar Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, tidak dilibatkan lagi dalam rundingan nuklear antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara tidak mahu Pompeo dilibatkan lagi dalam rundingan nuklear

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo. (Gambar fail: Luisa Gonzalez/Reuters)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 10:53PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 10:56PM

SEOUL: Korea Utara pada Khamis (18 Apr) mendesak agar Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, tidak dilibatkan lagi dalam rundingan nuklear antara kedua-dua negara.

Pyongyang menuduh Encik Pompeo menggagalkan rundingan itu.

Korea Utara membuat tuntutan tersebut tidak lama selepas ia mengumumkan sudah melakukan ujian senjata taktikal yang baru.

Itu merupakan kali pertama Korea Utara melakukan ujian senjata seperti itu sejak sidang puncak keduanya dengan Amerika Syarikat di Vietnam pada Februari berakhir tanpa sebarang perjanjian.

Menurut laporan, ujian senjata taktikal yang dilakukan pada Khamis (18 Apr) dipantau oleh pemimpin Korea Utara sendiri, Kim Jong Un.

Korea Utara menyifatkan ujian tersebut sebagai satu usaha amat penting bagi meningkatkan keupayaan tentera negara itu.
 

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita