Korea Utara tidak bimbang sekatan tambahan; kecam strategi pertahanan Jepun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Anthony Wallace/AFP)
SEOUL: Korea Utara pada Selasa (20 Dis) berkata sekatan-sekatan tambahan tidak akan menghentikan program pembangunan peluru berpandunya.
Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas negara itu melancarkan apa yang kelihatan seperti dua peluru berpandu balistik jarak sederhana dalam apa yang dipanggil ujian "penting" untuk pembangunan satelit pengintip.
Kim Yo Jong, adik kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, membuat kenyataan itu yang disiarkan agensi berita rasmi KCNA, berkata perkembangan sedemikian dikaitkan secara langsung dengan keselamatan negara.
Selain dari itu, Korea Utara juga mengecam strategi keselamatan baru Jepun untuk mengubah persekitaran keselamatan secara asas di rantau itu, dan memberi amaran ia akan menunjukkan dengan tindakan betapa "salah" dan "berbahaya" pilihan Jepun itu, lapor rasmi KCNA.
Seorang jurucakap luar negara Korea Utara membuat kenyataan itu beberapa hari selepas Jepun mendedahkan pembangunan ketenteraan terbesarnya sejak Perang Dunia Kedua sedang ketegangan serantau dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mencetuskan kebimbangan perang.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.