Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara selar kenyataan Ketua PBB mengenai penghapusan senjata nuklear

Korea Utara menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berhubung penghapusan senjata nuklear sebagai "tidak adil".

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Korea Utara pada Ahad (14 Ogos) menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berhubung penghapusan senjata nuklear sebagai tidak adil, lapor Agensi Berita Yonhap.

Dalam satu kenyataan media, Timbalan Menteri Luar bagi Pertubuhan Antarabangsa Kim Son Gyong, mengecam kenyataan ketua PBB itu yang dianggap memberi "sokongan penuh terhadap penghapusan senjata nuklear yang lengkap, ditentusahkan dan tidak boleh dipulihkan semula (CVID)".

Encik Guterres dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu semasa mengadakan lawatan ke Seoul minggu lalu.

Sempena lawatan itu, Encik Guterres turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Jumaat.

"Saya amat kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung PBB yang tidak adil serta bertentangan dengan tugasnya seperti termaktub dalam Piagam PBB, berkenaan isu Semenanjung Korea."

Beliau berkata CVID digembar-gemburkan oleh pihak tertentu dan satu pelanggaran terhadap kedaulatan Korea Utara kerana ia menuntut pelucutan senjata secara unilateral dan negara ini (Korea Utara) membantah sepenuhnya perkara itu tanpa sebarang toleransi. 

Encik Kim berkata program nuklear Korea Utara "sesuatu yang tidak dapat dielakkan" bagi mempertahankan keselamatan dan menggesa Encik Guterres agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan tatkala situasi semakin genting di Semenanjung Korea.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan