Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara sambut ulang tahun ke-70

Korea Utara menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya dengan mengadakan perbarisan tentera yang tidak menonjolkan peluru berpandu jarak jauh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Sep 2018 08:52PM Dikemas Kini : 09 Sep 2018 08:58PM

KOREA UTARA: Korea Utara menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya dengan mengadakan perbarisan tentera yang tidak menonjolkan peluru berpandu jarak jauh.

Sebaliknya tumpuan diberikan kepada tema menyatukan dua negara Korea dan pembangunan ekonomi.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang hadir di perbarisan itu, dijadual bertemu Presiden Korea Selatan Moon Jae-in di Pyongyang pada 18 hari bulan ini.

Satu temasya sukan juga akan dianjurkan Pyongyang buat kali pertama dalam masa lima tahun.
100,000 orang dijangka mengambil bahagian.

Awal pagi tadi (9 Sep), Encik Kim memberikan penghormatan kepada mendiang bapanya Kim Jong-il, dan datuknya yang juga pengasas Korea Utara Kim Il-Sung. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan