Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara sambut hari penubuhan negara dengan perarakan, pertukaran diplomatik

Anggaran Waktu Membaca:
PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un meraikan hari penubuhan negara itu pada Sabtu (9 Sep) dengan perarakan kumpulan-kumpulan separa tentera dan acara pertukaran diplomatik, di mana beliau berjanji untuk memperdalam hubungan dengan China dan Rusia.

Encik Kim menyaksikan perarakakan di Dataran Kim Il Sung di Pyongyang dan mengadakan rundingan dengan delegasi dari China, lapor media tempatan KCNA.

Presiden China Xi Jinping mengutus surat di mana beliau menzahirkan kesediaannya untuk mengukuhkan komunikasi strategik dan kerjasama.

Presiden Rusia Vladimir Putin juga menghantar surat kepada Encik Kim, dengan mengatakan kedua-dua negara itu akan memperluas hubungan dua hala untuk memastikan keselamatan dan kestabilan di semenanjung Korea serta Timur Laut Asia.

Encik Kim dijangka akan berangkat ke Rusia bulan ini untuk bertemu Encik Putin. Mereka akan membincangkan tentang bekalan senjata ke Mosko untuk menyokong pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan