Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara sahkan lancar peluru berpandu balistik dari kapal selam

Korea Utara menyatakan ia sudah melakukan uji cuba peluru berpandu dari sebuah kapal selam, lapor media tempatan pada Rabu (20 Okt), sehari selepas pihak berkuasa Korea Selatan dan Jepun mengesan ujian senjata tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara sahkan lancar peluru berpandu balistik dari kapal selam

Sebuah peluru berpandu balisitk yang dilancarkan dari kapal selam baru dilihat semasa satu uji cuba dalam gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan pada 19 Okt 2021. (Gambar: KCNA melalui REUTERS)

Diterbitkan : 20 Oct 2021 08:41AM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 08:42AM

SEOUL: Korea Utara menyatakan ia sudah melakukan uji cuba peluru berpandu dari sebuah kapal selam, lapor media tempatan pada Rabu (20 Okt), sehari selepas pihak berkuasa Korea Selatan dan Jepun mengesan ujian senjata tersebut.

Tentera Korea Selatan melaporkan pada Selasa ia percaya Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik (SLBM) dari kapal selam di luar pantai timurnya, yang terkini dalam rangkaian ujian peluru berpandu Korea Utara.

SLBM "jenis baru" itu dilancarkan dari kapal selam sama yang terlibat dalam uji cuba ke atas SLBM lebih tua pada 2016, menurut agensi berita negara Korea Utara, KCNA.

Para penganalisis menarik perhatian gambar-gambar yang dikeluarkan oleh KCNA nampaknya menunjukkan peluru berpandu yang lebih kecil berbanding reka bentuk SLBM Korea Utara sebelumnya. Ia mungkin sebuah model belum pernah dilihat yang sebelum ini dipamerkan di pameran pertahanan di Pyongyang minggu lalu.

SLBM lebih kecil bermakna lebih banyak peluru berpandu tersimpan dalam sesebuah kapal selam, walaupun ia boleh melancarkan sasaran pada jarak lebih pendek. Ini berpotensi meletakkan Korea Utara, yang bersenjatakan nuklear, semakin dekat untuk mengendalikan kapal selam dengan peluru berpandu balistik.

Korea Utara sudah menjalankan sejumlah ujian sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan peluru berpandu balistik jarak dekat yang menurut para penganalis, direka sedemikian rupa untuk mengelak sistem pertahanan peluru berpandu Korea Selatan.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan tidak menghadiri uji cuba itu pada Selasa.

Peluru berpandu tersebut dilancarkan dari laut di kawasan Sinpo, di mana Korea Utara menyimpan kapal selam serta peralatan lain bagi uji cuba pelancaran SLBM, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan pada Selasa.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan