Skip to main content

Dunia

Korea Utara pindah mayat tentera AS

Washington mengesahkan Pyongyang sudah menyerahkan saki baki mayat askar Amerika yang gugur semasa perang Korea

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jul 2018 05:51PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 09:19PM

WASHINGTON: Rumah Putih mengesahkan Korea Utara sudah menyerahkan saki baki mayat 55 orang askar Amerika yang gugur semasa perang Korea.

Penghantaran balik itu bersempena ulang tahun ke-65 perjanjian gencatan senjata meskipun kedua-dua negara Korea pada hakikatnya belum menandatangani sebarang perjanjian untuk menamatkan perang.

Lebih 7,700 askar Amerika yang terlibat dalam perang Korea masih belum dikesan dengan sekitar 5,300 daripada mereka dilaporkan hilang di wilayah yang kini Korea Utara.

Persetujuan untuk menghantar balik saki-baki mayat askar Amerika itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai oleh Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un semasa sidang puncak mereka di Singapura, 12 Jun lalu.

"Hari ini, Jong Un memenuhi sebahagian daripada komitmen dinyatakan kepada Presiden untuk memulangkan semula anggota kami yang gugur di medan perang. Kami sangat berbesar hati dengan tindakan Korea Utara dan perubahan positif ini," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Sumber : Reuters/MM/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita