Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara nafi eksport senjata ke Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara nafi eksport senjata ke Rusia

(Gambar: Sazali Ahmad/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 05:51PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 05:51PM

SEOUL: Korea Utara pada Rabu (21 Sep) menafikan mengeksport senjata ke Rusia, lapor media tempatan, beberapa minggu selepas Amerika Syarikat (AS) menyatakan Mosko bergantung pada Pyongyang untuk menambah bekalannya yang semakin berkurangan dek pencerobohan ke atas Ukraine. 

"Kami tidak pernah mengeksport senjata atau peluru ke Rusia dan kami tidak mempunyai rancangan untuk mengeksport senjata," kata seorang di Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA). 

Kenyataan itu  menyusuli dakwaan Rumah Putih awal September bahawa Rusia membeli meriam dan roket daripada Korea Utara untuk menyokong perangnya di Ukraine. 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby berkata AS percaya pembelian itu "mungkin termasuk jutaan peluru, roket dan meriam". 

Namun, menukil perisikan AS, beliau menekankan ketika itu bahawa urus niaga tersebut masih belum selesai dan tiada petanda bahawa senjata berkenaan digunakan di Ukraine. 

Pyongyang, menyangkal dakwaan AS, sambil , rokmenegaskan bahawa Washington dan "kuasa musuh lain" sedang "menyebarkan 'khabar angin terdapat persetujuan senjata' antara DPRK dan Rusia," menggunakan akronim rasmi bagi Korea Utara. 

"Kami memberi amaran kepada AS supaya henti membuat kenyataan yang tidak berasas," menurutnya, sekali gus menekankan bahawa Korea Utara mempunyai hak untuk mengeksport peralatan tentera. 

Rumah Putih menyatakan pembelian senjata daripada pemerintah Korea Utara  serta persetujuan untuk membeli dron tentera daripada Iran, menunjukkan Rusia terdesak susuli sekatan ekonomi dan teknologi Barat berbulan-bulan lama yang bertujuan untuk melemahkan Rusia. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa