Korea Utara musnahkan tempat ujian nuklear, 20 wartawan jadi saksi
Korea Utara menyatakan bahawa tempat ujian nuklear negara itu sudahpun dimusnahkan sama sekali.
PUNGGYE-RI, KOREA UTARA: Korea Utara menyatakan bahawa tempat ujian nuklear negara itu sudahpun dimusnahkan sama sekali.
Agensi Berita Korea Utara (KCNA) melaporkan bahawa siri letupan yang dilakukan semalam (24 Mei) memusnahkan semua terowong tempat ujian nuklear Punggye-ri.
Menurut KCNA lagi, dua daripada terowong-terowong itu sudah siap untuk digunakan bagi ujian nuklear bawah tanah yang hebat.
Kerja-kerja memusnahkan tempat ujian Punggye-ri disaksikan kira-kira 20 wartawan antarabangsa yang diundang Korea Utara bagi memastikan ketelusan.
Seorang pegawai Korea Utara berkata tidak berlaku kebocoran bahan radioaktif berikutan kerja memusnahkan tempat ujian nuklear itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.