Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara mungkin mula suntikan vaksin COVID-19 pada Nov

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mencadangkan agar negara terpencil itu mungkin memulakan vaksinasi COVID-19 pada November, Reuters menukil laporan media tempat pada Jumaat (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara mungkin mula suntikan vaksin COVID-19 pada Nov

(Gambar: Kim Won Jin/AFP)

Diterbitkan : 09 Sep 2022 04:46PM Dikemas Kini : 09 Sep 2022 04:46PM
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mencadangkan agar negara terpencil itu mungkin memulakan vaksinasi COVID-19 pada November, Reuters menukil laporan media tempat pada Jumaat (9 Sep).

Dalam ucapannya pada Khamis di perhimpunan kebangsaan Korea Utara, Encik Kim menarik perhatian kepada amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa musim sejuk berkemungkinan menyaksikan lonjakan semula jangkitan koronavirus.

“Maka itu, di samping vaksinasi yang dijalankan atas bertanggungjawab, kami harus mengesyorkan bahawa semua penduduk memakai pelitup mulai November demi melindungi kesihatan mereka," katanya tanpa mengulas lanjut.

Korea Utara belum mengesahkan sama ada ia sudah memberikan sebarang vaksin COVID-19 meskipun rekod kastam menunjukkan negara itu sudahpun mengimport beberapa vaksin yang tidak dikhususkan dari China pada tahun ini.

Bulan lalu, Encik Kim mengisytiharkan kemenangan melawan COVID-19 dan mengarahkan agar langkah-langkah maksimum antiepidemik yang dilaksanakan pada Mei dimansuhkan. Ini walaupun beliau berkata bahawa Korea Utara perlu tetap mengekalkan benteng yang kukuh bagi mencegah epidemik.

Korea Utara tidak pernah mengesahkan jumlah penduduk yang dijangkiti COVID-19 disebabkan kekurangan sumber untuk menjalankan ujian meluas.

Sebaliknya, ia melaporkan jumlah pesakit yang mengalami demam - sekitar 4.77 juta orang daripada keseluruhan penduduk yang dianggarkan seramai 25 juta orang.

Negara itu bagaimanapun tidak mencatatkan sebarang kes demam baru sejak 29 Julai dan menyatakan angka kematian kekal pada 74.

Para pakar, termasuk WHO, meragui angka tersebut dengan menyatakan bahawa terdapat kekurangan yang jelas pada keupayaan ujian di Korea Utara.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa