Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara mungkin buat persiapan uji pelancaran peluru berpandu balistik dari kapal selam

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara mungkin buat persiapan uji pelancaran peluru berpandu balistik dari kapal selam

(Gambar: KCNA via KNS/AFP/KCNA VIA KNS)

Diterbitkan : 24 Sep 2022 08:48PM Dikemas Kini : 24 Sep 2022 08:48PM
SEOUL: Tentera Korea Selatan mengesan tanda-tanda menunjukkan Korea Utara mungkin sedang membuat persiapan untuk menguji peluru berpandu balistik (SLBM) yang dilancarkan dari kapal selam.

Demikian menurut agensi berita Yonhap pada Sabtu (24 Sep), beberapa hari sebelum Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris dijadual melawat negara itu.

Tentera mengesan persiapan di Sinpo, Wilayah Hamgyong Selatan, Korea Utara, minggu ini, lapor agensi berita Yonhap, memetik sumber tentera yang tidak dinamakan.

Ia selaras dengan laporan kumpulan pemikir di Amerika Syarikat yang merujuk kepada gambar satelit komersil.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol sedar akan tanda-tanda dan pergerakan yang mencadangkan provokasi Pyongyang termasuk SLBM, menurut pejabat presiden dalam satu kenyataan pada Sabtu (24 Sep).

Naib Presiden AS, Karmala Harris dijadual melakukan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan minggu depan.

Seorang pegawai kanan pentadbiran AS berkata dalam satu taklimat pada Jumaat (23 Sep) bahawa ujian nuklear atau provokasi lain mungkin boleh berlaku semasa lawatan Cik Harris ke rantau itu.

Sebuah kapal pengangkut pesawat AS tiba di Korea Selatan pada Jumaat buat kali pertama dalam empat tahun, untuk bergabung dengan kapal tentera lain dalam latihan bersama pasukan Korea Selatan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa