Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara luluskan undang-undang isytihar diri sebagai negara punyai senjata nuklear

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara luluskan undang-undang isytihar diri sebagai negara punyai senjata nuklear

(Gambar: Greg Baker/AFP)

Diterbitkan : 09 Sep 2022 06:03PM Dikemas Kini : 09 Sep 2022 07:17PM
SEOUL: Korea Utara meluluskan undang-undang mengisytiharkan dirinya sebagai negara mempunyai senjata nuklear.

Pada Jumaat (9 Sep), agensi berita rasmi negara itu KCNA
menyatakan bahawa langkah tersebut membolehkan Korea Utara melancarkan dahulu serangan nuklear jika pucuk pimpinan atau tempat-tempat strategiknya hendak diserang.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menegaskan bahawa negaranya tidak akan pernah melucutkan senjata nuklear miliknya.

Korea Selatan tawar membuat perbincangan dengan Korea Utara untuk menyatukan keluarga yang terpisah sewaktu Perang Korea pada tahun 1950.

Korea Utara menolak tawaran tersebut dan menyatakan bahwa Amerika Syarikat dan persekutuannya mengekalkan dasar bermusuhan dengan seketan dan dril tentera yang tidak menunjukkan bahawa mereka mahukan kedamaian.

Menurut Presiden Kim Jong Un keamanan hanya boleh wujud jika ada kekuatan untuk mencegah "keangkuhan pihak imperialis".
Sumber : Reuters/MU/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa