Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lepaskan dua peluru berpandu dari bandar Onchon

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu dari bandar pesisiran pantai barat Onchon pada Rabu (17 Ogos), menurut sumber tentera Korea Selatan.

Menurut sumber tersebut penguasa tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang menganalisis butiran jarak penerbangan termasuk ketinggian peluru berpandu itu.

Pelancaran itu dibuat selepas Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan latihan bersama awal empat hari mereka pada Selasa (16 Ogos) sebagai persediaan untuk latihan lapangan langsung Ulchi Freedom Shield yang telah lama ditangguhkan, yang berlangsung dari 22 Ogos hingga 1 September 2022.

Kedua-dua negara bersekutu itu mengadakan skala latihan tentera bersama lebih kecil sejak tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan COVID-19 dan juga untuk mengendurkan ketegangan dengan Korea Utara, yang menuduhnya sebagai latihan menceroboh.

Sementara itu, Pentagon pada Selasa berkata AS, Korea Selatan dan Jepun mengambil bahagian dalam latihan pertahanan peluru berpandu balistik di luar pantai Hawaii minggu lalu, iaitu latihan pertama seumpamanya sejak 2017 ketika hubungan antara Seoul dan Tokyo mencapai tahap terendah dalam beberapa tahun ini.

Meskipun Pyongyang tidak melakukan sebarang ujian peluru berpandu selama dua bulan, ia 'berperang' dengan penularan COVID-19 sebelum mengisytiharkan kemenangan atas virus tersebut minggu lalu. Korea Utara, bagaimanapun dilihat sedang membuat persiapan bagi kemungkinan melakukan ujian nuklear, yang pertama sejak 2017.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan