Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lapor tiada kes baru demam buat kali pertama sejak penularan COVID-19

Korea Utara menyatakan awal bulan ini bahawa ia "akhirnya meredakan" krisis koronavirus pertama yang diisytiharkan secara awam, walaupun negara-negara Asia mengalami kenaikan jangkitan disebabkan subvarian Omicron.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lapor tiada kes baru demam buat kali pertama sejak penularan COVID-19

(Gambar: STR/KCNA via KNS/AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2022 09:23AM Dikemas Kini : 30 Jul 2022 09:23AM
SEOUL: Korea Utara melaporkan tiada kes baru demam pada Sabtu (30 Jul) buat kali pertama sejak ia akur berlaku penularan COVID-19 di negara itu pada pertengahan bulan Mei, menurut media negaranya.

Korea Utara menyatakan awal bulan ini bahawa ia "akhirnya meredakan" krisis koronavirus pertama yang diisytiharkan secara awam, walaupun negara-negara Asia mengalami kenaikan jangkitan disebabkan subvarian Omicron.

Agensi berita rasmi KCNA menyatakan 99.99 peratus daripada 4.77 juta pesakitnya yang mengalami demam sejak lewat bulan April sudah pulih sepenuhnya, namun disebabkan kekurangan ujian, ne gara itubelum mendedahkan sebarang perangkaan berhubung mereka yang diuji positif COVID-19.

Pakar-pakar penyakit berjangkit sangsi terhadap dakwaan Korea Utara, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bulan lalu pihaknya percaya situasi di negara itu menjadi semakin dahsyat, bukan semakin pulih, di tengah-tengah nya data bebas.

KCNA menyatakan pasukan bergerak yang memberi rawatan pantas masih berada di tahap tinggi amaran dan usaha sedang dijalankan bagi "mengesan dan menghapuskan epidemik itu" sehingga pesakit terakhir pulih sepenuhnya. Media negara itu menyatakan 204 pesakit demam sedang menjalani rawatan setakat Jumaat.

Menurut penganalisis Korea Utara, pengumuman Pyongyang tentang kejayaannya melawan COVID-19 mungkin dibuat bagi menyambung perdagangan yang lama dihambat pandemik,

Jumlah dagangan negara itu merosot 17.3 peratus kepada AS$710 juta (S$980 juta) tahun lalu, di tengah-tengah penutupan sempadan.

Korea Utara menyambung sementara operasi kereta api penghantaran dengan China awal tahun ini, namun menggantungnya semula pada April disebabkan kebimbangan penularan koronavirus.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa