Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lapor lebih 200,000 kes 'demam' buat hari ke-5 di tengah gelombang COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lapor lebih 200,000 kes 'demam' buat hari ke-5 di tengah gelombang COVID-19

(Gambar: STR/KCNA via KNS/AFP)

Diterbitkan : 21 May 2022 12:14PM Dikemas Kini : 21 May 2022 12:14PM

SEOUL: Korea Utara melaporkan lebih 200,000 kes 'demam' baru buat hari kelima berturut-turut, sedang negara itu bergelut dengan penularan koronavirus yang pertama dikesan di negara tersebut. 

Demikian menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap pada Sabtu (21 Mei), menukil agensi berita KCNA. 

Gelombang COVID-19 yang diisytiharkan minggu lalu, menimbulkan keprihatinan mengenai kekurangan vaksin, prasarana perubatan yang tidak cukup dan potensi krisis makanan di negara yang mempunyai 25 juta penduduk dan enggan menerima bantuan luar, sekali gus menutup sempadannya. 

Sekurang-kurangnya 219,030 orang mengalami gejala 'demam' setakat Jumaat malam (20 Mei). 

Ini menjadikan jumlah kes terkumpul kepada 2,460, 640, lapor Televisyen Pusat Korea (KCTV), yang memetik data ibu pejabat pencegahan kecemasan epidemik negara, menurut Yonhap. 

Angka kematian naik satu, kepada 66. 

Yonhap tidak memberi sebarang perincian jumlah penduduk yang diuji positif COVID-19, dan Reuters pula tidak dapat mengesahkan laporan tersebut. 

Data harian yang dikeluarkan oleh media Korea Utara mungkin tidak tepat disebabkan tiadanya kempen vaksinasi nasional dan keupayaan ujian yang terhad. Ia juga mungkin sukar untuk menilai skala COVID-19, menurut pakar. 

Agensi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kesan "teruk" terhadap 25 juta penduduk di negara itu, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan penularan virus itu jika dibiarkan,  mungkin akan munculnya varian-varian baru yang lebih berbahaya.

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa