Skip to main content

Dunia

Korea Utara lancar ujian senjata taktikal berpandu baru: Laporan

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyelia ujian senjata berpandu taktikal yang baru, menurut media negara pada Khamis (18 Apr), dalam satu ujian senjata awam pertama di negara itu sejak sidang kemuncak kedua dengan Amerika Syarikat berakhir tanpa persetujuan pada Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lancar ujian senjata taktikal berpandu baru: Laporan

Pengerusi Kim Jong Un memerhati ujian senjata di Korea Utara pada 16 Apr (Gambar fail: KNCA via KNS/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 03:36PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 03:40PM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyelia ujian senjata berpandu taktikal yang baru, menurut media negara pada Khamis (18 Apr), dalam satu ujian senjata awam pertama di negara itu sejak sidang kemuncak kedua dengan Amerika Syarikat berakhir tanpa persetujuan pada Februari.

Agensi rasmi KCNA tidak menerangkan dengan terperinci apakah senjata yang diuji pada Rabu, termasuk sama ada ia adalah peluru berpandu atau sejenis senjata lain. "Taktikal" membayangkan senjata jarak dekat dan bukannya peluru berpandu balistik jarak jauh yang dilihat sebagai satu ancaman kepada Amerika Syarikat.

Menurut KCNA, senjata itu mempunyai "mod pelayaran khas" dan "sistem letupan berkuasa".

Encik Kim berkata "penyempurnaan pembangunan sistem senjata adalah peristiwa yang sangat penting dalam meningkatkan daya pertempuran" tentera Korea Utara, menurut KCNA.

Sidang kemuncak kedua antara Encik Kim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Hanoi pada Februari gagal mencatat sebarang kemajuan ke arah pelucutan nuklear Semenanjung Korea. Sekatan terhadap Korea Utara berhubung program nuklear dan peluru berpandunya dikekalkan.

November lalu, Kim Jong Un juga mengawasi ujian senjata taktikal yang tidak dikenal pasti yang didakwa dapat melindungi Korea Utara seperti "tembok besi", menurut media negara itu. Tidak jelas sama ada senjata yang sama diuji pada minggu ini.

Para pakar berkata pada November bahawa ia adalah sebahagian daripada daya usaha Encik Kim untuk mengalihkan tumpuan kuasa ketenteraan konvensional Korea Utara dari sebuah tentera seramai hampir 1.3 juta anggota kepada senjata berteknologi tinggi.

Kim Jong Un berkata pada April 2018 bahawa Korea Utara akan menghentikan ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM) kerana keupayaan nuklear Pyongyang sudah disahkan.

'PERINGATAN PENTING'

"Ini adalah peringatan penting mengenai satu hakikat kritikal: Pengerusi Kim Jong Un tidak pernah berjanji untuk menghentikan ujian bagi kesemua senjata dalam simpanan ketenteraannya, hanya senjata nuklear dan ICBM yang berpotensi sampai ke Amerika Syarikat," kata Harry Kazianis dari Pusat Kepentingan Negara yang berpangkalan di Washington.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita