Korea Utara lancar ujian peringkat akhir satelit perisik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jung Yeon-je/AFP)
SEOUL: Media rasmi Korea Utara KCNA melaporkan pada Isnin (19 Dis), negara itu telah menjalankan ujian peringkat akhir yang penting pada Ahad (18 Dis) dalam pembangunan satelit perisik, yang ingin disiapkan menjelang April tahun depan.
Laporan itu diterbitkan sehari selepas tentera Korea Selatan dan Jepun melaporkan pelancaran dua peluru berpandu balistik jarak sederhana dari Korea Utara ke arah pantai timur.
KCNA melaporkan, ujian yang dilancarkan di barat laut negara itu adalah sebahagian daripada semakan terhadap keupayaan Korea Utara untuk merakam imej satelit, menghantar data, dan mengawal satelit dari bumi.
Korea Utara telah melancarkan jumlah peluru berpandu yang tinggi tahun ini.

Ia termasuk peluru berpandu balistik rentas benua yang berupaya menyasarkan Amerika Syarikat, sekali gus melanggar sekatan-sekatan antarabangsa.
Sumber : Agensi berita/ZM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.