Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu balistik ke arah laut pantai timur

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lancar ujian peluru berpandu balistik ke arah laut pantai timur

(Gambar: Anthony Wallace/AFP)

SEOUL: Korea Utara telah melancarkan ujian peluru berpandu balistik ke arah laut di luar pantai timur Semenanjung Korea pada Ahad (19 Mac), lapor agensi berita Yonhap, menukil kepada Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS).

JCS bagaimanapun tidak segera memberi sebarang butiran mengenai pelancaran tersebut.

Pengawal Pantai Jepun menyatakan apa yang dilancarkan oleh Korea Utara berkemungkinan peluru berpandu balistik.

Pada Khamis lalu (16 Mac), Korea Utara melepaskan apa yang disyaki sebagai peluru berpandu balistik antara benua ke dalam laut antara semenanjung Korea dengan Jepun.
Pasukan Korea Selatan dan Amerika kini sedang menjalankan latihan tentera bersama selama 11 hari, yang dipanggil "Freedom Shield 23."
 
Sumber : Reuters/LL/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan