Skip to main content

Dunia

Korea Utara lancar ujian bedilan meriam susuli latihan tentera Korea Selatan, AS & Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Korea Utara melakukan ujian bedilan meriam di luar pantai timur dan barat pada Selasa (18 Okt), lapor tentera Korea Selatan.

Korea Utara melepaskan kira-kira 100 bedilan meriam yang gugur di laut luar pantai baratnya kira-kira pukul 10.00 malam waktu tempatan sebelum melancarkan lagi 150 bedilan di pantai timurnya pula.

Demikian didedahkan oleh Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan dalam satu kenyataan pada Rabu (19 Okt).

"Kami menggesa Korea Utara supaya menghentikan tindakan mereka dengan serta-merta," tegas JCS dalam kenyataannya yang dipetik oleh Yonhap.

Tambah JCS lagi, "Provokasi terus-menerus yang dicetuskan Korea Utara adalah tindakan yang mengancam keamanan dan kestabilan Semenanjung Korea dan masyarakat antarabangsa."

Kegiatan ketenteraan Korea Utara yang dijalankan baru-baru ini merupakan latihan susulan kepada pertahanan tahunan Hoguk yang dimulakan tentera Korea Selatan pada Isnin (17 Okt).

Latihan tersebut dirangka untuk meningkatkan keupayaan tentera Korea Selatan bertindak balas terhadap ancaman senjata nuklear dan peluru berpandu dari Korea Utara.
Latihan tersebut, yang dijadual berakhir pada Sabtu, merupakan siri latihan tentera terbaru Korea Selatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini termasuk kegiatan bersama Amerika Syarikat dan Jepun.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita