Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat

Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat dari pantai timur negaranya pada Sabtu (4 Mei)

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat

Bendera Korea Utara. (Gambar fail: Kim Hong-Ji/ Reuters)

Diterbitkan : 04 May 2019 11:50AM Dikemas Kini : 04 May 2019 11:53AM

SEOUL: Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat dari pantai timur negaranya pada Sabtu (4 Mei), lapor agensi berita Yonhap yang menukil tentera Korea Selatan.

Peluru berpandu tersebut dilancarkan dari pantai timur bandar Wonsan menuju ke arah timur.

Pyongyang "melancarkan peluru berpandu dari bandar pantai timur Wonsan ke arah timur pada jam 9.06 pagi (8.06 pagi waktu Singapura) hari ini," kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat "sedang menganalisis butiran berhubung peluru berpandu itu", menurut kenyataan itu.

Sumber : Agensi berita/CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan