Skip to main content

Dunia

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik; ujian ke-14 tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke arah perairan timur negara itu, menurut tentera Korea Selatan, kira-kira seminggu selepas negara itu mengumumkan mahu memperhebatkan senjata nuklear Pyongyang "secepat mungkin". 

Awal dari itu, Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan mengesahkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu tersebut pada jam 12.03 tengah hari waktu tempatan pada Rabu (4 Mei) dari Sunan, Pyongyang. 

Ketua turus itu turut melaporkan bahawa pelancaran itu melibatkan peluru berpandu balistik.

Beliau mendedahkan bahawa peluru berpandu itu meluncur sejauh 470 kilometer pada ketinggian 780 kilometer dengan kelajuan Mach 11.

Pelancaran itu merupakan ujian senjata Korea Utara yang ke-14 tahun ini dan ia berlaku kurang seminggu sebelum Presiden baru Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, mengangkat sumpah jawatan.

Pyongyang pada bulan lalu menguji peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM) sejak tahun 2017, sekali gus meningkatkan tekanan diplomatik ke atas negara-negara jiran dan Amerika Syarikat.

Ketua turus itu juga mendesak Pyongyang supaya segera menghentikan ujian peluru berpandu balistik, yang disifatkannya sebagai pelanggaran jelas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menimbulkan ancaman besar ke atas Semenanjung Korea dan rantau itu.

“Tentera kami sedang menjejak dan memantau pergerakan yang berkaitan serta bersiap siaga terhadap kemungkinan berlaku pelancaran selanjutnya," tegas Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan media.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita