Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik sedang tentera Korea Selatan & AS jalankan latihan bersama

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik sedang tentera Korea Selatan & AS jalankan latihan bersama

(Gambar: Jung Yeon-je/AFP)

Diterbitkan : 28 Sep 2022 09:25PM Dikemas Kini : 28 Sep 2022 09:25PM

SEOUL: Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik dekat pantai timurnya pada Rabu (28 Sep), menurut tentera Korea Selatan sedang negara itu dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan tentera laut bersama yang melibatkan kapal induk pesawat udara, lapor Reuters.

Pasukan pengawal pantai Jepun juga melaporkan bahawa pihaknya mengesan ujian peluru berpandu balistik.

Peluru berpandu itu dilancarkan dua hari selepas tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengadakan latihan tentera bersama di bahagian timur perairan Korea Selatan.

Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijangka tiba di Seoul, ibu negara Korea Selatan, pada Khamis (29 Sep) selepas melakukan lawatan ke Jepun.

Korea Utara juga melepaskan peluru berpandu balistik ke arah laut dekat kawasan pantai timurnya pada Ahad (25 Sep).

Program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dikenakan sekatan-sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 2006 dan Majlis Keselamatan PBB secara sebulat suara sudah mempertingkatkan sekatan ke atas negara tersebut.

Sumber : Reuters/HY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa