Skip to main content

Dunia

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak dekat yang pertama dalam dua bulan

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat di pantai timurnya pada Khamis (12 Sep).

Menurut tentera Korea Selatan, ia adalah pelancaran pertama dalam tempoh lebih dua bulan.

Tiada kerosakan dilaporkan daripada pelancaran tersebut, lapor agensi berita Jepun Kyodo, yang menukil sumber pemerintah Jepun.

Kali terakhir Korea Utara melancarkan peluru berpandu adalah pada 1 Julai, ketika negara itu mendakwa ia berjaya menguji peluru berpandu balistik taktikal baharu yang berupaya membawa peledak nuklear besar seberat 4.5 tan.

Negara terpencil tersebut juga mengirimkan belon diisi sampah ke Korea Selatan sejak beberapa hari lalu.

Perbuatan tersebut bermula Mei lalu, sebagai tindak balas kepada
risalah anti-Pyongyang yang dihantar ke Korea Utara melalui
belon oleh kumpulan aktivis.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita