Korea Utara lancar lagi peluru berpandu balistik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Greg Baker/AFP)
SEOUL: Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik ke dalam laut di bahagian timur negara itu pada Rabu (2 Nov).
Demikian menurut tentera Korea Selatan.
Pelancaran itu dilakukan selepas Pyongyang pada Selasa (1 Nov) mendesak Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menghentikan latihan tentera bersama berskala besar, yang disifatkan sebagai satu tindakan provokasi yang boleh mencetuskan "tindak balas lebih hebat".

BACA:
Penyiar YTN, melaporkan bahawa amaran serangan udara dikeluarkan di pulau Ulleung di Korea Selatan sekitar masa pelancaran peluru berpandu itu.
Jurucakap tentera Korea Selatan berkata, mereka sedang memeriksa sama ada amaran serangan udara itu berkaitan dengan pelancaran peluru berpandu.
AS dan Korea Selatan memulakan latihan tentera udara bersama terbesarnya pada Isnin (31 Okt), dengan beratus-ratus pesawat perang dari kedua-dua pihak menjalankan latihan serangan.
Korea Utara telah melepaskan jumlah rekod peluru berpandu tahun ini dan menyatakan ia sebagai tindak balas kepada latihan ketenteraan bersekutu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.