Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lancar 8 peluru berpandu balistik

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lancar 8 peluru berpandu balistik

Gambar: Anthony WALLACE / AFP

Diterbitkan : 05 Jun 2022 06:12PM Dikemas Kini : 05 Jun 2022 07:42PM

SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol menyeru agar kerjasama pertahanan ditingkatkan dengan Amerika Syarikat.

Ini menyusuli pelancaran lapan peluru berpandu balistik Korea Utara, siang tadi (5 Jun).

Menurut Jepun, sekurang-kurangnya enam daripadanya dilancarkan dari tiga tapak berbeza dan bergerak sehingga 400 kilometer ke timur.

Dua hari lalu, Amerika mengumumkan kesediaan untuk mengubah suai pendirian ketenteraan bagi menangkis ancaman dari Pyongyang.

Pyonyang juga dilapor bakal melancarkan ujian nuklear yang ketujuh, tidak lama lagi.

Pelancaran lapan peluru berpandu Pyongyang itu dijalankan kurang sehari selepas Seoul dan Washington menamatkan latihan tentera bersama.

Latihan tiga hari itu dekat pulau Okinawa, Jepun, adalah yang pertama melibatkan kapal perang induk Amerika.

Sumber : Agensi berita/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan