Korea Utara kutuk sekatan AS, ancam pelucutan nuklear boleh terhambat
Korea Utara pada Ahad (16 Dis) mengutuk keras sekatan terbaru oleh Amerika Syarikat dan memberi amaran bahawa tindakan itu boleh menghambat usaha pelucutan nuklear dan kedua-dua negara boleh kembali kepada "keadaan berbalas-balas tembakan."
SEOUL: Korea Utara pada Ahad (16 Dis) mengutuk keras sekatan terbaru oleh Amerika Syarikat dan memberi amaran bahawa tindakan itu boleh menghambat usaha pelucutan nuklear dan kedua-dua negara boleh kembali kepada "keadaan berbalas-balas tembakan."
Amaran itu dikeluarkan selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas tiga pegawai Korea Utara berhubung pencabulan hak asasi manusia.
Mereka ialah penolong kanan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un termasuk orang kanannya Choe Ryong Hae.
Semua aset yang dimiliki mereka di Amerika Syarikat dibekukan dan mereka diharamkan daripada menjalankan urus niaga kewangan di Amerika Syarikat.
Pakar-pakar mengatakan sekatan itu dijangka tidak memberi kesan teruk ke atas para pegawai itu sendiri.
Bagaimanapun ia dijangka menjejas usaha berbaik-baik antara Pyongyang dengan Washington, pada masa Korea Utara sedang meraikan ulang tahun ketujuh kematian bekas pemimpin Kim Jong Il.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.