Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara kutuk 'campur tangan' AS berhubung lawatan Pelosi ke Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara kutuk 'campur tangan' AS berhubung lawatan Pelosi ke Taiwan

Gambar: Sam Yeh / AFP

Diterbitkan : 03 Aug 2022 09:38AM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 09:39AM
SEOUL: Kementerian Ehwal Luar Korea Utara pada Rabu (3 Ogos) mengutuk apa yang disifatkannya sebagai "campur tangan tidak berhemah" Amerika Syarikat (AS) dalam urusan dalaman China berhubung lawatan Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi ke Taiwan, lapor agensi berita rasmi KCNA.
Seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar Korea Utara berkata mereka "mengutuk sekeras-kerasnya" sebarang campur tangan kuasa luar mengenai isu Taiwan dan "menyokong sepenuhnya" China iaitu sekutu utama dan talian hayat ekonomi negaranya.

"Adalah menjadi hak negara yang berdaulat untuk mengambil tindak balas terhadap langkah kuasa luar yang secara terbuka campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri serta menghancurkan integriti wilayahnya," kata jurucakap tersebut kepada KCNA.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan tidak pernah berhenti menggunakan kekerasan bagi memastikan pulau itu berada di bawah kawalannya.

Amerika Syarikat memberi amaran kepada China agar tidak menggunakan lawatan Cik Pelosi sebagai alasan untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Taiwan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan