Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara kerap lancarkan ujian peluru berpandu, dibidas pelbagai pihak

Dua ujian peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara minggu ini mengundang reaksi keras pelbagai pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara kerap lancarkan ujian peluru berpandu, dibidas pelbagai pihak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 06:19PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 06:21PM

PYONGYANG: Dua ujian peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara minggu ini mengundang reaksi keras pelbagai pihak.

Amerika Syarikat menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bersidang.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pula berkata pasukan pertahanan negaranya akan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan rakyatnya.

Dalam masa yang sama, Presiden Moon berkata Korea Selatan akan terus berusaha untuk mewujudkan keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea.

Pagi tadi (1 Okt), Korea Utara mengumumkan ia berjaya menguji pelancaran peluru berpandu penangkis pesawat yang baru.

Inilah kali kedua Korea Utara melakukan ujian pelancaran peluru berpandu minggu ini.

Pada Selasa lalu (28 Sep), Korea Utara menguji peluru berpandu hypersonic yang meluncur lima ganda lebih laju daripada kelajuan bunyi.  

Sumber : Agensi berita/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan