Korea Utara kecam perjumpaan PBB mengenai pelancaran satelit
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
SEOUL: Korea Utara mengecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengadakan mesyuarat berhubung pelancaran satelitnya baru-baru ini, atas desakan Amerika Syarikat (AS).
Pemimpin negara komunis itu turut berikrar untuk terus menolak sekatan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan akan terus mengambil langkah 'mempertahankan diri', kata media pemerintah KCNA, pada Ahad (4 Jun).
AS menggesa diadakan mesyuarat UNSC itu pada minggu lalu untuk membincangkan percubaan Korea Utara meletakkan satelit perisikan pertamanya di orbit, yang berakhir dengan kegagalan selepas peledak dan muatan menjunam ke dalam laut.
Kim Yo-jong, adik kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan seorang pegawai parti pemerintah yang berkuasa, berkata pertemuan itu adalah satu lagi tanda bahawa Majlis itu berfungsi sebagai 'alat politik' AS, dengan menerima desakan Washington untuk mengabaikan hak negara itu bagi pembangunan angkasa lepas.
"Saya sangat tersinggung kerana UNSC sering mengkritik pelaksanaan hak kedaulatan kami seperti mana yang dikehendaki AS.
"Kami mengutuk serta menolak sekeras-kerasnya sebagai tindakan yang paling tidak adil, prejudis yang mencampuri hal ehwal dalaman dan melanggar kedaulatan kami," kata Cik Kim dalam kenyataan yang disiarkan KCNA.
Beliau berkata, pelancaran satelit itu adalah 'tindak balas yang sah bagi mempertahankan diri' terhadap peningkatan ancaman daripada AS dan sekutunya, yang dituduh Pyongyang mencetuskan semula ketegangan, dengan latihan tahunan ketenteraan musim bunga.
Menurut beliau, Korea Utara tidak akan sekali-kali mengiktiraf ketetapan sekatan PBB "walaupun mereka memberi tamparan ratusan ribu kali," sambil berikrar untuk terus melaksanakan hak kedaulatannya, termasuk melancarkan satelit perisik.
Sementara itu, KCNA menerbitkan ulasan penganalisis hal ehwal antarabangsa, Kim Myong-chol, yang mengkritik ketetapan diluluskan jawatankuasa keselamatan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).
Korea Utara sudah memaklumkan kepada IMO mengenai jangka masa pelancaran satelit yang dirancang dan ketetapan itu sama sekali mengutuk 'keras' ujian peluru berpandu negara terpencil itu, yang disifatkan "mengancam keselamatan pelaut dan perkapalan antarabangsa".
Penganalisis itu juga menuduh IMO 'dipolitikkan sepenuhnya' dengan menuruti 'dasar anti Korea Utara' oleh AS dan sekutunya.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.