Korea Utara guna salah sebuah pangkalannya sebagai ibu pejabat peluru berpandu
Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa Amerika Syarikat mengesahkan sebuah daripada 20 pangkalan peluru berpandu balistik di Korea Utara digunakan sebagai ibu pejabat peluru berpandu di negara itu.
Bendera Korea Utara. (Gambar fail: Reuters)
WASHINGTON: Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa Amerika Syarikat mengesahkan sebuah daripada 20 pangkalan peluru berpandu balistik di Korea Utara digunakan sebagai ibu pejabat peluru berpandu di negara itu.
Laporan itu menarik perhatian, pangkalan peluru berpandu Shino-ri dan peluru berpandu Nodong yang ditempatkan di situ, tidak pernah diisytiharkan oleh Korea Utara.
Oleh kerana itu, senjata tersebut tidak tertakluk kepada syarat-syarat rundingan antara Washington dengan Pyongyang.
Ibu pejabat peluru berpandu Shin-ori itu terletak lebih 200 kilometer ke utara zon bebas tentera.
Ia memainkan peranan utama dalam membangun keupayaan senjata peluru berpandu yang berupaya sampai ke Korea Selatan, Jepun dan Guam.
Laporan itu didedahkan selang beberapa hari selepas Presiden Amerika Donald Trump mengumumkan rancangan sidang puncak kedua dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bulan depan.
Namun para penganalisis berpendapat, pendedahan itu tidak akan menghentikan usaha Washington untuk menggesa Pyongyang supaya memansuhkan program pembangunan senjata nuklearnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.