Korea Utara gantung perjanjian tentera dengan Korea Selatan; ikrar kerah senjata baharu di sempadan
Anggaran Waktu Membaca:

Penumpang di sebuah stesen kereta api di Seoul menonton siaran berita pelancaran roket membawa satelit terbaharu Korea Utara pada 22 Nov 2023. (Gambar: Jung Yeon-je / AFP)
SEOUL: Korea Utara pada Khamis (23 Nov) menggantung perjanjian yang dimeterai selama lima tahun bersama Korea Selatan bagi mengurangkan ketegangan tentera.
Agensi berita rasmi Yonhap melaporkan ketegangan terkini itu selepas Pyongyang melancarkan satelit perisikannya.
Kementerian Pertahanan Korea Utara mengeluarkan kenyataan itu selepas media tempatan mendakwa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sedang meneliti imej pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guam yang dihantar melalui satelit perisikan baharunya.
Sebelum ini, Korea Selatan menyatakan ia akan menggantung sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai pada 2018 antara kedua-dua negara Korea itu.
Namun pada Khamis, Korea Utara menyatakan ia membatalkan perjanjian itu sepenuhnya.
Menurut Kementerian Pertahanan negara itu, ia akan menarik balik langkah-langkah tentera dan mengambil langkah bagi mencegah dari berlaku sebarang ketegangan tentera dan konflik di semua sektor termasuk di darat, laut dan udara.
Selain itu, Korea Utara akan mengerahkan lebih banyak angkatan tentera dan perisai tentera jenis baru di wilayah sepanjang Garis Persempadanan Tentera Korea.
Ia juga menyatakan negara itu tidak terikat kepada perjanjian itu lagi.
Pelancaran satelit pada Selasa merupakan percubaan Korea Utara yang ketiga tahun ini selepas dua kali gagal sebelumnya. Ia juga dilancarkan menyusuli lawatan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia, di mana Presiden Vladimir Putin berikrar untuk membantu Pyongyang membina satelit.
Pegawai Korea Selatan mendakwa pelancaran baru-baru ini berkemungkinan besar melibatkan bantuan teknikal Rusia di bawah perjanjian yang kian dipertingkat. Perjanjian itu, malah telahpun menyaksikan Pyongyang membekalkan Rusia dengan berjuta-juta bedilan artileri.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.