Skip to main content

Dunia

Korea Utara digesa tempatkan peralatan tentera lebih jauh dari sempadan

Korea Selatan menyarankan supaya Korea Utara menggerakkan meriam jarak jauhnya dari kawasan sempadan kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara digesa tempatkan peralatan tentera lebih jauh dari sempadan

Para askar Korea Utara di Panmunjom. (Gambar: Korea Summit Press Pool/AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 05:11PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 05:13PM

SEOUL: Korea Selatan menyarankan supaya Korea Utara menggerakkan meriam jarak jauhnya dari kawasan sempadan kedua-dua negara.

Agensi berita Yonhap mengatakan, saranan itu diutarakan semasa pertemuan para pegawai tinggi tentera kedua-dua negara Korea Khamis lalu.

Ini merupakan pertemuan pertama antara jeneral tentera daripada kedua-dua pihak sejak lebih sedekad yang lalu.

Seoul dilaporkan membuat beberapa saranan termasuk penempatan semula peralatan rejimen meriam ke kawasan 30 hingga 40 kilometer jauh dripada Garisan persempadanan tentera yang memisahkan kedua-dua negara.

Menurut kertas putih pertahanan Korea Selatan yang diterbitkan pada 2016, Korea Utara mempunyai 14,100 meriam termasuk 5,500 pelancar roket berbilang guna, kebanyakannya ditempatkan dekat kawasan sempadan.

Khamis lalu (14 Jun), kedua-dua negara Korea bersetuju untuk memulihkan saluran perhubungan dan bertukar-tukar pandangan untuk membebaskan Panmunjom daripada kegiatan tentera.

Seoul dijangka mencadangkan satu lagi perbincangan dengan pegawai-pegawai tentera Korea Utara lewat bulan ini atau bulan depan. 

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita