Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara dakwa gelombang pertama COVID-19 sudah berakhir

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Korea Utara pada Jumaat (5 Ogos) mendakwa semua pesakitnya yang demam sudah pulih, sekali gus menandakan berakhirnya gelombang pertama pandemik koronavirus. Namun, negara itu masih menghadapi cabaran ekonomi yang semakin sulit serta penduduk yang belum divaksin dan terdedah kepada kemunculan virus pada masa akan datang, kata penganalisis.

Sedang kenyataan media menyatakan bahawa "situasi anti-epidemik telah memasuki fasa kestabilan yang pasti", Korea Utara menyatakan ia akan "menggandakan usaha untuk mengekalkan kesempurnaan dalam pelaksanaan dasar anti-epidemik negara".

Korea Utara tidak pernah mengesahkan jumlah orang yang dijangkiti COVID-19, disebabkan kekurangan bekalan ujian. Namun, ia menjelaskan bahawa sekitar 4.77 juta pesakit yang demam sudah pulih sepenuhnya dan terdapat 74 kematian sejak akhir April lalu. Tiada kes demam baru dilaporkan sejak 30 Julai.

Pegawai dan pakar perubatan Korea Selatan menimbulkan keraguan terhadap perangkaan tersebut, terutamanya jumlah kematian.

Shin Young-jeon, seorang professor di sekolah perubatan Universiti Hanyang di Seoul, berkata meskipun kemuncak gelombang pertama COVID-19 nampaknya sudah berlalu, jumlah kematian yang dicatatkan hampir-hampir "tidak masuk akal" malah, berkemungkinan mencecah 50,000 orang.

"Kejayaan mereka, sekiranya ada, harus terletak pada hakikat bahawa penularan itu tidak membawa kepada kekacauan politik atau sosial. Sama ada tindak balas COVID-19 mereka berjaya atau tidak,adalah satu masalah lain."

Menteri Penyatuan Korea Selatan, Kwon Young-se, bertanggungjawab ke atas urusan antara Korea, berkata minggu ini, terdapat "isu kredibiliti" berhubung data Utara tetapi situasi COVID-19 "seakan-akan di bawah kawalan."

LIGA BOLA SEPAK KEMBALI DIADAKAN

Parti Pekerja yang memerintah menganjurkan acara besar-besaran tanpa perlu pelitup pada lewat bulan lalu dengan mempelawa ratusan veteram perang Korea.

Liga bola sepak kebangsaan kembali diadakan minggu ini selepas tiga tahun ditiadakan, menurut media negara, juga acara renang, kapal layar dan boling.

Kebanyakan pertandingan diadakan tanpa penonton namun gambar yang diterbitkan akhbar rasmi Rodong Sinmun pada Isnin menunjukkan penonton pertandingan taekwondo memakai pelitup dan duduk dengan jarak selamat.

Menurut beberapa pengamat, negara itu kekal berdepan dengan cabaran ekonomi, jaminan makanan dan kesihatan awam yang boleh menjadi lebih teruk jika jangkitan kembali melanda Korea Utara seperti yang berlaku di negara-negara jiran Asia di tengah-tengah penyebaran sub-varian Omicron.

Pun begitu, pemimpin Kim Jong Un belum lagi menarik balik sekatan pergerakan ketat, dan sempadan dengan China masih ditutup, tanpa pegawai melakukan perjalanan ke luar negara dan misi diplomatik di Pyongyang terus kosong.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan