Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara dakwa capai 'hasil baik' dalam perang COVID-19, meski jumlah kes 'demam' cecah 2 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara dakwa capai 'hasil baik' dalam perang COVID-19, meski jumlah kes 'demam' cecah 2 juta

(Gambar: STR/KCNA via KNS/AFP)

Diterbitkan : 20 May 2022 08:03AM Dikemas Kini : 20 May 2022 08:03AM

SEOUL: Korea Utara pada Jumaat (20 Mei) menyatakan ia mencapai "hasil baik" dalam perang terhadap penularan pertama COVID-19 di negara tersebut, sedang jumlah penduduk yang mengalami 'demam' menjangkaui 2 juta orang. 

Negara itu melaporkan 263,370 lagi kes baru 'demam' dan dua kematian. 

Ini menjadikan  jumlah terkumpul kes 'demam' kepada 2.24 juta setakat Khamis malam (19 Mei), termasuk 65 kematian, lapor media tempatan KCNA. 

Namun, ia tidak memberi sebarang perincian jumlah kes yang diuji positif koronavirus. 

Walaupun jumlah kes 'demam' yang dikesan tinggi, Korea Utara menyatakan kerja-kerja di ladang masih diteruskan, kilang masih beroperasi, dan ia merancang mengadakan pengebumian negara bagi seorang mantan jeneral. 

"Walaupun berada di bawah keadaan pencegahan wabak kecemasan maksimum, operasi pengilangan masih diteruskan seperti biasa di sektor-sektor perusahaan utama dan projek-projek binaan berskala besar juga diteruskan," lapor KCNA. 

"Hasil yang baik dilaporkan dalam memerangi wabak ini," tambahnya. 

Jumlah kes yang semakin meningkat dan kurangnya sumber perubatan serta vaksin menyebabkan agensi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan amaran tentang kesan "teruk" bagi 25 juta penduduk di Korea Utara.

Pada masa yang sama, pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  bimbang jika penularan jangkitan yang tidak dikesan boleh menyebabkan kemunculan varian-varian baru yang lebih berbahaya. 

Korea Utara pada Rabu (18 Mei) menyatakan keadaan di negara tersebut kini "menggalakkan", walaupun pegawai di Korea Selatan berkata, sukar untuk membuat kesimpulan kerana tidak jelas cara Korea Utara mengira jumlah pesakit 'demam' dan COVID-19. 

Kes demam yang dilaporkan  pemerintah di Pyongyang sudah merosot, namun ia meningkat di wilayah luar bandar. Jumlah itu mungkin tidak tepat sama ada kerana kesilapan atau sengaja diubah, kata Martyn Williams, seorang pengkaji di firma berpangkalan di Amerika Syarikat, 38 North. 

"Saya musykil yang mereka menggambarkan keadaan sebenar," katanya di Twitter. 

Korea Selatan dan Amerika Syarikat menawarkan bantuan kepada Korea Utara untuk melawan virus tersebut, termasuk menghantar bantuan, namun tidak menerima sebarang respons, kata Timbalan Penasihat Keselamatan Nasional Seoul pada Rabu (18 Mei). 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa