Skip to main content

Dunia

Korea Utara cuba lindungi keupayaan nuklear dan peluru berpandu, menurut PBB

Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara masih utuh dan negara itu sedang berusaha bagi memastikan keupayaan nuklearnya tidak dapat dimusnahkan oleh sebarang serangan tentera.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Feb 2019 10:31AM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 12:18AM

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara masih utuh dan negara itu sedang berusaha bagi memastikan keupayaan nuklearnya tidak dapat dimusnahkan oleh sebarang serangan tentera.

Demikian menurut laporan sulit oleh para pemantau sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan yang diserahkan kepada Majlis Keselamatan PBB seramai 15 anggota itu, didedahkan kepada agensi berita Reuters pada Isnin (4 Feb). Ini sedang Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadual bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada sidang puncak kedua lewat bulan ini.

Laporan PBB itu menyatakan bahawa meskipun Presiden Trump mendakwa "sudah berjaya mencapai kemajuan besar" dalam hubungan antara Amerika dengan Korea Utara, Pyongyang didapati menggunakan kemudahan awam, seperti lapangan terbang, untuk memasang dan menguji peluru berpandu tanpa bimbang ia akan musnah akibat serangan tentera.

Laporan tersebut juga mendapati Korea Utara terus melanggar ketetapan Majlis Keselamatan PBB menerusi pemindahan minyak petrol dan arang secara haram dari kapal ke kapal.

"Pelanggaran itu menyebabkan sekatan-sekatan PBB tidak lagi berkesan," menurut pemantau sekatan tersebut.

Pihak pemantau turut menyatakan ia mempunyai bukti bahawa lebih 57,600 tong minyak petrol bernilai lebih S$5.7 juta dipindahkan secara haram.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita