Korea Utara 'boleh dikatakan sebagai kuasa nuklear’: Trump
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di bahagian sempadan Korea Utara di perkampungan Panmunjom dalam Zon Nyahketenteraan pada 30 Jun 2019. (Gambar fail: AP/Susan Walsh)
Semasa ditanya di dalam pesawat Air Force One sama ada beliau terbuka terhadap tuntutan Korea Utara untuk diiktiraf sebagai sebuah negara berkuasa nuklear sebagai prasyarat bagi mengadakan dialog dengan Washington, Encik Trump menjawab:
"Saya rasa mereka boleh dikatakan sebagai kuasa nuklear.
"Apabila anda katakan bahawa ia harus diiktiraf sebagai kuasa nuklear, mereka memang memiliki banyak senjata nuklear."
Encik Trump dijangka tiba di Korea Selatan pada Rabu (29 Okt) untuk menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Media Amerika Syarikat sebelum ini melaporkan bahawa pegawai-pegawai dalam pentadbirannya berbincang mengenai kemungkinan mengatur pertemuan antara Encik Trump dan pemimpin Korea Utara, Encik Kim, yang kali terakhir mengadakan rundingan dengannya pada 2019.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.