Korea Utara bebaskan kapal nelayan Rusia dan semua kelasinya
Korea Utara membebaskan sebuah kapal nelayan Rusia bersama semua kelasinya terdiri daripada 15 warga Rusia dan dua rakyat Korea Selatan, pada Sabtu (27 Jul).

(Gambar: Reuters)
SOKCHO, KOREA SELATAN: Korea Utara membebaskan sebuah kapal nelayan Rusia bersama semua kelasinya terdiri daripada 15 warga Rusia dan dua rakyat Korea Selatan, pada Sabtu (27 Jul).
Pihak berkuasa Pyongyang menahan kapal tersebut dua minggu lalu kerana menceroboh masuk perairan Korea Utara.
Kapal Xiang Hai Lin 8, meninggalkan pelabuhan Wonson di Korea Utara pada 7:30 malam semalam waktu tempatan, sebelum menuju ke Sokcho di Korea Selatan untuk menurunkan dua anak kapal warga Korea Selatan itu.
Kementerian Penyatuan Korea Selatan mengalu-alukan langkah Korea Utara membebaskan kapal terbabit, sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang positif.
Kapal itu selamat sampai di Sokcho, petang tadi (28 Jul).
Ia sedang dalam belayar dari Korea Selatan ke Laut Jepun bagi menangkap ikan dan ketam apabila ditahan para pegawai Korea Utara, 100 kilometer dari sempadan negara komunis itu.
Rusia sebelum ini sering manahan bot-bot nelayan Korea Utara dan ada nelayannya dihukum penjara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.