Skip to main content

Dunia

Korea Selatan umum hasil siasatan serangan terhadap kapal di Selat Hormuz

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan umum hasil siasatan serangan terhadap kapal di Selat Hormuz

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 May 2026 12:38AM Dikemas Kini : 28 May 2026 12:39AM
SEOUL: Kementerian Luar Korea Selatan pada Rabu dijadual mengumumkan hasil siasatan kerajaan berhubung serangan baru-baru ini terhadap sebuah kapal Korea Selatan di Selat Hormuz, menurut pegawai, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pada 4 Mei, HMM Namu yang dikendalikan syarikat perkapalan utama Korea Selatan HMM Co. terkena “dua objek udara tidak dikenal pasti” ketika terkandas di Selat Hormuz di tengah-tengah konflik Amerika Syarikat -Iran.

Pasukan siasatan pemerintah sejak itu menjalankan analisis mendalam terhadap serpihan enjin yang ditemukan daripada objek berkenaan bagi menentukan jenis dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu.

“Kementerian merancang mengadakan taklimat media mengenai hasil siasatan insiden HMM Namu pada 5 petang,” kata kementerian itu dalam mesej kepada wartawan.

Naib Menteri Luar Pertama Park Yoon-joo dijadual mengetuai taklimat itu, dengan pegawai Kementerian Pertahanan dan agensi berkaitan lain dijangka hadir, menurut kementerian itu.

Serangan itu menyebabkan letupan dan kebakaran di atas kapal berkenaan, mengakibatkan seorang daripada 24 anak kapal cedera ringan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita