Korea Selatan umum bayaran lebih tinggi bagi tentera AS
Askar-askar Amerika akan kekal di Semenanjung Korea buat masa terdekat. Ini selepas Amerika dan Korea Selatan memeterai perjanjian baru yang akan berkuat kuasa selama setahun, berbanding lima tahun sebelum ini.
SEOUL: Askar-askar Amerika akan kekal di Semenanjung Korea buat masa terdekat. Ini selepas Amerika dan Korea Selatan memeterai perjanjian baru yang akan berkuat kuasa selama setahun, berbanding lima tahun sebelum ini.
Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha dan Penasihat Kanan Setiausaha Negara Amerika Timothy Betts mengumumkan pemeteraian perjanjian tersebut, siang tadi (10 Feb).
Di bawah syarat yang baru, sumbangan Korea Selatan akan dinaikkan 8.2 peratus kepada kira-kira AS$900 juta (S$1.2 bilion) bagi membiayai penempatan 28,500 askar Amerika di Semenanjung Korea.
Perjanjian lama mengenai isu itu dibiarkan tanpa diperbaharui selepas Presiden Amerika Donald Trump meminta tambahan dana. Perjanjian baru bagaimanapun perlu diluluskan parlimen Korea Selatan dahulu.
Kedua-dua pihak mengadakan 10 pusingan rundingan sejak Mac tahun lalu, bagi mencapai persetujuan baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.