Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan turunkan had umur terima pil COVID-19, dari 65 ke 60 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan turunkan had umur terima pil COVID-19, dari 65 ke 60 tahun

Keadaan di Pasar Namdaemun di Seoul pada 2 November 2021. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

SEOUL: Korea Selatan akan mengurangkan had umur kelayakan untuk menerima pil rawatan COVID-19 kepada 60 tahun berbanding 65 sebelumnya dalam usaha membendung penularan varian Omicron dengan lebih baik lagi, menurut Perdana Menteri Kim Boo-kyum pada Jumaat (21 Jan). 

Encik Kim mengumumkan langkah tersebut semasa satu mesyuarat COVID-19  sehari selepas Presiden Moon Jae-in berkata Omicron sudah menjadi varian dominan di negara tersebut. 

Setakat ini, pil rawatan COVID-19 diberikan kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dan golongan berusia 65 tahun dan ke atas. Ini selepas bekalan pertama pil Pfizer Inc. tiba di negara tersebut minggu lalu, lapor agensi berita Yonhap. 

"Serangan Omicron nampaknya sudah semakin hebat," kata PM Kim semasa mesyuarat di Ibu Pejabat Pusat Pengendalian Bencana dan Keselamatan, sambil menekankan jumlah kes baru melonjak secara mendadak sejak beberapa hari kebelakangan ini. 

"Kami akan cuba membuat beberapa perubahan kepada sistem tindak balas perubatan sekarang untuk menangani Omicron dengan lebih cekap lagi," katanya. 

Encik Kim juga berkata pil tersebut akan diagihkan secara lebih meluas lagi kepada rumah-rumah jagaan warga emas, hospital dan juga hospital khas untuk penyakit berjangkit. Setakat ini, pil itu hanya diberikan kepada pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di rumah atau di pusat perubatan kejiranan. 

Pengedaran pil berkenaan mungkin diperluaskan minggu depan, tambahnya. 

Jangkitan Omicron membentuk 26.7 peratus kes baru di Korea Selatan pada minggu lalu dan dijangka meningkat kepada 50 peratus minggu ini. 

Pihak berkuasa kesihatan menjangkakan kes harian COVID-19 melebihi 7,000. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan