Korea Selatan tingkatkan pemantauan di stesen kereta api sesak susuli rempuhan Halloween
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jung Yeon-je / AFP)
SEOUL: Korea Selatan meningkatkan pemantauan di stesen-stesen kereta api bawah tanah yang sesak susuli rempuhan Halloween yang meragut nyawa lebih 150 orang di Seoul, lapor Reuters.
Demikian menurut pegawai pada Jumaat (4 Nov).
"Keadaan berisiko tinggi yang serupa boleh berlaku ketika waktu sibuk di stesen kereta api bawah tanah," kata Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo.
Mulai Jumaat (4 Nov), polis akan dikerah ke stesen kereta api bawah tanah di kawasan bandar untuk bertugas bersama-sama dengan pegawai kereta api bagi mengawal orang ramai, kata PM Han.
Pesuruhjaya Polis Negara, Jeneral Yoon Hee-keun pada Selasa (1 Nov) akui bahawa kawalan orang ramai di tempat tragedi rempuhan Halloween Sabtu lalu "tidak mencukupi" sambil berkata polis menerima beberapa laporan amaran kemungkinan berlaku kemalangan pada malam itu.

Kawalan orang ramai dan trafik yang betul oleh pihak berkuasa mungkin dapat mencegah atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah pengunjung pada acara Halloween di Itaewon, menurut pakar.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.