Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan tarik balik sekatan COVID-19 minggu hadapan

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Korea Selatan hari ini (15 Apr) mengumumkan bahawa pemerintah akan menarik balik kebanyakan sekatan berkaitan pandemik COVID-19 pada minggu hadapan. Ini termasuk perintah berkurung pada waktu tengah malam di pusat makanan sedang kes Omicron menunjukkan tanda-tanda ia semakin merosot. Namun, orang ramai masih diwajibkan memakai pelitup muka.

Mulai 18 April, perintah berkurung pada waktu tengah malam di restoran dan peniagaan lain akan dimansuhkan. Begitu juga had perhimpunan privet yang ditetapkan pada 10 orang, kata Perdana Menteri Kim Boo-kyum semasa mesyuarat respons koronovirus, lapor Reuters.

"Memakai pelitup muka masih penting untuk melindungi diri kitami," kata Encik Kim.

"Tidak dapat dielakkan untuk mengekalkan mandat memakai pelitup muka di tempat tertutup dalam jangka yang agak lama."

Reuters melaporkan bahawa jumlah kes koronavirus di dalam negara itu sudah melepasi kemuncak selepas mencapai 620,000 kes sehari pada pertengahan bulan Mac. Kes harian jangkitan jatuh ke bawah 150,000 pada khamis (14 Apr).

Pada Rabu (13 Apr), pemerintah mengumumkan perancangan untuk meluaskan pengeluaran dos pengalak kedua COVID-19 kepada individu berusia 60 dan ke atas.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan